BINTULU, 8 September 2024 — Pejabat Pengurusan Pelajar (PPL) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah berjaya menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Fasilitator Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) 2.0 pada 7 dan 8 September 2024. Bengkel ini telah diadakan di Bilik Kuliah 1, UPMKB dan dihadiri oleh Fasilitator KKB yang telah hadir ke Bengkel Train The Trainier (3T) Tahap 1 dan 2 di Kingwoowd Resort yang lepas.
Majlis penutup bengkel tersebut disempurnakan oleh Encik Mohamad Syukri Mohamad Adnan, Ketua Pentadbir Pejabat Pengurusan Pelajar (PPL) UPMKB. Dalam ucapan penutupnya, Encik Mohamad Syukri menekankan kepentingan pemerkasaan fasilitator dalam memastikan keberkesanan Kursus Kokurikulum Berkredit di universiti.
Bengkel ini memfokuskan kepada pelbagai aspek penting termasuk prosedur pengurusan KKB, penulisan surat rasmi, protokol, dan majlis rasmi. Puan Hairunisah Abdul Rahman, Ketua Bahagian Alumni PPL UPMKB, turut hadir bagi memberikan sokongan dan pandangan mengenai program ini.
Jurucakap majlis, Puan Shrina Jinal, menjelaskan bahawa tujuan utama bengkel ini adalah untuk memperkasakan fasilitator kursus kokurikulum berkredit yang baharu. Ini selaras dengan keperluan pengajaran Kursus Kokurikulum Berkredit di UPMKB yang memerlukan kemahiran dan pengetahuan khusus bagi memastikan kelancaran dan kejayaan pelaksanaan kursus tersebut. Bengkel ini diharapkan dapat memberi impak positif dan meningkatkan kecekapan fasilitator dalam melaksanakan tugas mereka dengan lebih baik di masa hadapan.
Date of Input: 08/09/2024 | Updated: 08/09/2024 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia