PERTANDINGAN SYARAHAN AGAMA IFEST 2025 MENGASAH BAKAT PELAJAR | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » PERTANDINGAN SYARAHAN AGAMA IFEST 2025 MENGASAH BAKAT PELAJAR

PERTANDINGAN SYARAHAN AGAMA IFEST 2025 MENGASAH BAKAT PELAJAR

Bintulu, 22 Ogos 2025- Hannes Noorhazwyn Binti Hairul Hafiz dari Universiti Putra Malaysia Sarawak dinobatkan sebagai johan pertandingan Syarahan Agama sempena Festival Kesenian Islam (IFEST 2025) edisi ketiga bertempat di Universiti Putra Malaysia Sarawak pada 21 Ogos 2025.

Johan pertandingan syarahan agama merangkul hadiah wang tunai RM500, trofi hamper dan sijil. Naib Johan disandang oleh Nur Iris Fathihah Binti Isfuany dari Sekolah Menengah Kebangsaan Baru, Bintulu yang membawa pulang hadiah wang tunai RM350, trofi, hamper dan sijil.
 
Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Dayang Nur'ain Binti Awang Shamsul dari Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam Tahfiz Darul Huffaz Miri yang menerima hadiah wang tunai RM250, trofi, hamper dan sijil.
 
Sementara itu, tiga orang peserta turut menerima hadiah sagu hati sebuah hamper dan sijil penyertaan. Seramai 15 orang peserta daripada pelbagai sekolah dan institusi pengajian tinggi telah berentap menyampaikan syarahan bertemakan “Kesenian Islam Pencetus Kemakmuran Ummah”.
 
Penganjuran pertandingan syarahan agama ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pendakwah muda yang berilmu, berkarisma dan mampu menyampaikan mesej Islam secara berkesan di samping menyemarakkan lagi semangat kesenian Islam dalam kalangan masyarakat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 25/08/2025 | Updated: 25/08/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (06:18:28pm-06:23:28pm, 25 Aug 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]