PROGRAM KESEDARAN PENYU 2025 ANJURAN UNIMAS BERSAMA JSHP, UPM SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » PROGRAM KESEDARAN PENYU 2025 ANJURAN UNIMAS BERSAMA JSHP, UPM SARAWAK

PROGRAM KESEDARAN PENYU 2025 ANJURAN UNIMAS BERSAMA JSHP, UPM SARAWAK

17 September 2025 - Universiti Malaysia Sarawak dengan kerjasama Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan, FSPH, UPMS telah berjaya menganjurkan Program Kesedaran Penyu 2025 yang bertempat di Dewan Kuliah Utama, Universiti Putra Malaysia Sarawak. Program ini telah berlangsung dari jam 1.40 tengah hari hingga 5.00 petang dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran hampir 200 orang pelajar.
 
Sepanjang program, para peserta berpeluang mengikuti ceramah yang memberi pendedahan tentang pemuliharaan penyu serta penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam usaha pemuliharaan spesies marin ini. Selain itu, pelbagai aktiviti praktikal turut dijalankan termasuk eksperimen sains berkaitan pasir magnetik dan kesan ion halida terhadap air laut, di samping aktiviti interaktif seperti 'board game activity' dan kuiz dalam talian yang mencetuskan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan.
 
Kemuncak program turut diserikan dengan pameran utama oleh Sarawak Forestry Corporation yang memberi peluang kepada pelajar untuk melihat lebih dekat usaha konservasi penyu yang dijalankan di negeri ini. Para peserta juga menerima sijil penyertaan dalam bentuk e-sijil dan dijamu dengan hidangan minum petang sebagai penghargaan atas penyertaan mereka.
 
Program Kesedaran Penyu 2025 ini bukan sahaja berjaya meningkatkan kefahaman pelajar mengenai pentingnya melindungi penyu, malah turut mengukuhkan kesedaran tentang peranan bersama dalam melestarikan biodiversiti laut untuk generasi akan datang.
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 02/10/2025 | Updated: 02/10/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (08:14:41pm-08:19:41pm, 03 Oct 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]