Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) melalui Pejabat Pengurusan Akademik dan Penyelidikan dengan kerjasama Sekolah Pengajian Siswazah (SGS), Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Program Career Path Briefing on Postgraduate Studies (Master & PhD) di Sakura Ferroalloy Sdn. Bhd., Samalaju, Bintulu, Sarawak pada 20 Mei 2026.
Program ini bertujuan memberi pendedahan dan penerangan kepada kakitangan syarikat berkaitan peluang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD), laluan kerjaya akademik dan profesional, serta maklumat berkaitan program pengajian pascasiswazah yang ditawarkan di Universiti Putra Malaysia.
Selain itu, sesi ini turut menjadi platform perkongsian mengenai kelebihan melanjutkan pengajian, kaedah permohonan kemasukan, peluang penyelidikan serta pembangunan kompetensi sumber manusia selaras dengan keperluan industri semasa.
Program ini diharap dapat memperkukuhkan hubungan strategik antara universiti dan industri selain meningkatkan kesedaran berkaitan peluang pengajian pascasiswazah dalam kalangan tenaga kerja profesional di Sarawak.
Date of Input: 09/06/2026 |
Updated: 09/06/2026 | lanz
MEDIA SHARING