BINTULU, 16 April – Mahasiswa dan mahasiswi Kursus Futsal QKS2104 Kumpulan 1 Semester Kedua Sesi 2024/2025 Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu telah menjayakan Program Putra Bakti Charity Futsal Ramadan 2025 di Stadium Muhibbah, Bintulu pada 22 hingga 24 Mac 2025 lepas di mana penganjuran program bermula jam 8.00 malam.
Pengarah program Shiraz Anak Isa di dalam kenyataannya berkata, Charity Futsal Ramadan ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutama golongan muda yang berumur 15 hingga 30 akan kepentingan bersukan bagi meningkatkan kecergasan diri dan kecerdasan mental disamping dapat menyumbang kepada golongan yang memerlukan.
Beliau berkata, dalam menghadapi masalah kesihatan seperti obesiti dan penyakit kronik yang lain kami mengambil inisiatif iaitu menganjurkan pertandingan futsal berbentuk “charity” sebagai platform atau usaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat pentingnya kesihatan diri. Selain itu, pertandingan ini membuka peluang kepada peserta untuk beramal di bulan Ramadan di mana sebahagian dari hasil penganjuran program ini akan disumbangkan kepada Putra Foodbank UPMKB bagi meringankan beban pelajar yang tidak berkemampuan.
Program yang berlangsung selama tiga malam bermula 22 hingga 24 Mac 2025 itu telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada komuniti sekitar Bintulu khususnya dan masyarakat luar amnya dengan kedatangan penonton yang dianggarkan seramai 350 orang termasuk pasukan-pasukan yang bertanding dalam kejohanan tersebut. Program ini memaparkan kehebatan, semangat kerjasama berpasukan dan kesukanan yang ditunjukkan oleh para pemain meningkatkan lagi suasana meriah di dalam Stadium Muhibbah, Bintulu.
Seterusnya, harapan pihak penganjur agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang sebagai usaha memberi kesedaran dalam kalangan masyarakat akan kepentingan sukan untuk mengekalkan tahap kesihatan yang optimum disamping dapat beramal di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Date of Input: 16/04/2025 | Updated: 16/04/2025 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia