PROGRAM PUTRA FARM RUN 2025 MERIAHKAN KAMPUS HIJAU UPM SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » PROGRAM PUTRA FARM RUN 2025 MERIAHKAN KAMPUS HIJAU UPM SARAWAK

PROGRAM PUTRA FARM RUN 2025 MERIAHKAN KAMPUS HIJAU UPM SARAWAK

BINTULU, 13 Sept 2025 – Pusat Pertanian Putra, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) telah menganjurkan Program Putra Farm Run 2025 bertempat di Dewan Sri Kenyalang dengan penyertaan seramai 150 peserta melibatkan pelajar, staf universiti, masyarakat setempat serta peserta luar dari Sibu, Miri, Kuching dan warga Indonesia yang bekerja di Bintulu.
 
Program larian sejauh 6.8 kilometer ini bermula seawal jam 6.00 pagi bersempena sambutan ulang tahun ke-68 kemerdekaan Malaysia. Acara pelepasan rasmi telah disempurnakan oleh Pengarah UPMS, Yang Berbahagia Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini.
 
Menurut Penasihat Program, Prof. Madya Dr. Hajah Amy Halimah, sambutan yang diterima amat menggalakkan kerana acara terbuka kepada semua yang berusia 12 tahun ke atas. Sementara itu, Pengarah Program, Ts. Dr. Carlina Freddie Simol @ Rachellynna, menjelaskan bahawa penganjuran ini bukan sahaja menyokong keseimbangan kesihatan fizikal dan mental malah turut berperanan mempromosikan UPMS melalui aktiviti sukan.
 
Program ini turut menyahut aspirasi Pertanian Untuk Rakyat (PUTRA) dan Program PUTRA Sihat yang digariskan dalam Perutusan Naib Canselor 2025. Selain memupuk budaya hidup sihat, penganjuran ini juga mengukuhkan jaringan kerjasama antara staf, komuniti dan pihak penaja.
 
Pertandingan larian dibahagikan kepada dua kategori iaitu lelaki dan perempuan. Pemenangan bagi kategori lelaki, tempat ketiga dimenangi oleh En. Chundy Ak Methiew (37:10 minit), Naib Johan En. Edward Sia Chai Gang (31:25 minit) dan seterusnya Johan PUTRA Farm Run disandang oleh En. Jung Muhammad Ukba yang berasal dari Indonesia dengan catatan masa 27:40 minit.
 
Sementara pemenangan bagi kategori perempuan pula, tempat ketiga Cik Slyvia Banting (45:17 minit), naib johan Pn. Resam Tasek merupakan jururawat UPMS dengan catatan minit 44:28, dan seterusnya Johan Pn. Edderlyn Joy Johnney dengan catatan masa 44:21 minit.
 
Pusat Pertanian Putra, UPMS merakamkan penghargaan kepada semua penaja yang telah memberi sumbangan dan sokongan dalam menjayakan program PUTRA Farm Run 2025. Setinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua barisan urus setia dan Jawatankuasa Pelaksana program kerana telah bertungkus lumus membanting tenaga bagi memastikan kelancaran program.
 
Dengan sokongan padu semua pihak, Program PUTRA Farm Run berpotensi untuk dijadikan acara tahunan berprestij dalam kalender aktiviti kampus hijau UPM Sarawak.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 02/10/2025 | Updated: 02/10/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (12:47:50pm-12:52:50pm, 04 Oct 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]