Seramai 150 penyertaan terdiri daripada Pelajar Diploma Perhutanan, Pensyarah UPMKB, Pelajar, serta Warga pentadbir dan pendidik (SKRS) berganding bahu menjayakan Progam SeRancak Green Environement 2024 yang terlah diadakan pada 10 hingga 11 Oktober yang lepas.
Program ini merupakan kesinambungan dari program sambutan hari flora dan fauna yang lepas. Pada tahun ini pihak SKRS sekali lagi menjemput warga UPMKB bagi bersama-sama menjayakan Program Hari Alam Sekitar dalam minggu STEM sekolah.
Oleh itu, Pensyarah kursus Ekologi Hutan, Dr. Ahmad Mustapha bin Mohamad Pazi mengambil peluang ini bersama pelajar Diploma Perhutanan semester 1 untuk turun padang bagi menjalankan program SULAM melalui kaedah Pembelajaran berasaskan komuniti dalam memyelesaikan isu alam sekitar di sekolah luar bandar.
Antara aktiviti utama ialah Program Penghijauan Landskap Sekolah, yang melibatkan penanaman pokok di kawasan bangunan baru sekolah untuk mewujudkan persekitaran hijau. Demonstrasi pembuatan kompos dari sisa makanan dan bahan organik seperti daun kering dan rumput turut diadakan, memberikan pengetahuan praktikal tentang pengurusan sisa dan pemuliharaan sumber.
Aktiviti lain termasuk senamrobik bersama pasukan SeRancak FC, sukaneka, dan acara Malam Kebudayaan SeRancak Green Environment turut diadakan bagi memeriahkan dan menghiburkan para peserta yang terlibat dalam program ini. Selain itu, ceramah mengenai kepentingan biodiversiti dan alam sekitar turut disampaikan oleh Dr. Ahmad Mustapha bin Mohamad Pazi, kepada pelajar dan warga SKRS.
Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, yang berlangsung dengan lancar dan berjaya mencapai objektif bagi meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan alam sekitar dan menanam minat dalam bidang sains dalam kalangan pelajar sekolah.
Date of Input: 15/10/2024 |
Updated: 15/10/2024 | lanz
MEDIA SHARING