SAINS DAN KELESTARIAN SEIRING: CLAYRIEYSIA SAMANTHA TERIMA HADIAH UNIVERSITI DAN CIPTA INSPIRASI BIOINDUSTRI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » SAINS DAN KELESTARIAN SEIRING: CLAYRIEYSIA SAMANTHA TERIMA HADIAH UNIVERSITI DAN CIPTA INSPIRASI BIOINDUSTRI

SAINS DAN KELESTARIAN SEIRING: CLAYRIEYSIA SAMANTHA TERIMA HADIAH UNIVERSITI DAN CIPTA INSPIRASI BIOINDUSTRI

Clayrieysia Samantha Michael Solomon, graduan Bacelor Sains Bioindustri dengan Kepujian dari Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH), dinobatkan sebagai penerima Hadiah Universiti (Hadiah Live Animals Medical Centre – Graduan Terbaik Bacelor) pada Majlis Konvokesyen UPM ke-49 Sidang 1. Beliau berkata bidang pertanian dan sains hayat yang menjadi teras Universiti Putra Malaysia (UPM) telah membuka pandangannya tentang hubungan rapat antara manusia, alam dan kelestarian hidup.
 
Clayrieysia menjelaskan bahawa pengajian di Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) bukan sahaja menekankan teori, tetapi juga nilai kemanusiaan serta tanggungjawab terhadap masyarakat dan bumi. Katanya, pendekatan interdisiplin di UPMS membentuk cara berfikir secara sistematik, mendidik kesedaran tentang pentingnya keseimbangan antara kemajuan sains dan kesejahteraan manusia.
 
Berasaskan pengalaman itu, Clayrieysia kini merancang menimba pengalaman industri sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dan PhD dalam bidang Bioteknologi, Sains Pertanian atau Teknologi Lepas Tuai di Eropah atau Jepun. Beliau berhasrat menubuhkan syarikat sendiri dalam bidang bioindustri dan pertanian lestari serta terus menyumbang melalui penyelidikan dan inovasi yang memberi manfaat kepada sektor makanan dan kelestarian alam.
 
 
 
 

 

Date of Input: 11/11/2025 | Updated: 11/11/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
-
W, (04:19:06am-04:24:06am, 23 Nov 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]