SARAWAK SOKONG PENYELIDIKAN SOSIAL DAN BUDAYA MASYARAKAT PERIBUMI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » SARAWAK SOKONG PENYELIDIKAN SOSIAL DAN BUDAYA MASYARAKAT PERIBUMI

SARAWAK SOKONG PENYELIDIKAN SOSIAL DAN BUDAYA MASYARAKAT PERIBUMI

BINTULU, 12 Ogos: Kerajaan Sarawak terus menyokong usaha penyelidikan dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan bagi memperkasa pemahaman terhadap kehidupan masyarakat pelbagai suku kaum di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penyelidikan seperti ini mampu mendalami aspek adat, budaya dan amalan tradisional termasuk penggunaan herba oleh masyarakat peribumi.

“Penyelidikan ini penting untuk memahami warisan budaya, dan universiti seperti Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPM) berperanan besar dalam usaha ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Persidangan Antarabangsa Ke-4 mengenai Sains, Sains Sosial dan Kemanusiaan (ICOSSH 2025) di sini, pada Selasa.

Beliau dalam pada itu turut menyebut penerbitan buku berkaitan herba tradisional Kelabit sebagai contoh hasil kajian yang bernilai dan perlu diteruskan agar pengetahuan tersebut dapat didokumentasikan serta dimanfaatkan oleh generasi akan datang. -TVS

Date of Input: 13/08/2025 | Updated: 13/08/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (08:44:46am-08:49:46am, 17 Aug 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]