373 Atlet, jurulatih dan pegawai pengiring akan berkampung di Kolej Sri Rajang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) sepanjang temasya SUKMA XXI yang akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos 2024. UPMKB telah dipilih menjadi perkampungan rasmi SUKMA XXI yang menempatkan semua atlet Bola Speak Takraw yang akan dipertandingkan di Bintulu.
Sebanyak 12 buah negeri, iaitu Selangor, Sabah, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Terengganu, Perak, Johor, Wilayah Persekutuan dan negara Brunei Darussalam, menginap di UPMKB akan menyertai pertandingan Sepak Takraw ini. Sambutan SUKMA XXI ini juga dibantu oleh 80 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar UPMKB.
Semoga dengan penglibatan pelajar dalam acara besar dan berprestij ini akan membuka peluang dan menyemat semangat yang lebih tinggi terhadap sukan dan kesukarelawanan. Kontingen pertama yang akan mendaftar di Kolej Sri Rajang UPMKB adalah kontinjen dari negeri sabah iaitu pada 11 Ogos 2024.
Date of Input: 22/08/2024 |
Updated: 22/08/2024 | lanz
MEDIA SHARING