SEMANGAT AGRO BAHARU: PELAJAR UPMS BANGKIT DENGAN KEJAYAAN JUALAN ANAK POKOK CILI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » SEMANGAT AGRO BAHARU: PELAJAR UPMS BANGKIT DENGAN KEJAYAAN JUALAN ANAK POKOK CILI

SEMANGAT AGRO BAHARU: PELAJAR UPMS BANGKIT DENGAN KEJAYAAN JUALAN ANAK POKOK CILI

Dari sekadar menyemai biji cili milik ayahnya, pelajar Diploma Perniagaantani, Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), Yvena Twomie Picturesques Anak Miro kini muncul sebagai usahawan muda agro yang berjaya menarik perhatian penduduk setempat melalui jualan anak pokok cili.
 
Minat mendalam terhadap bidang pertanian dan ilmu yang diperoleh sepanjang pengajian menjadi pemangkin kejayaannya dalam mengkomersialkan hasil tanaman secara kecil-kecilan, selain pengalaman latihan industri di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bau yang membuka matanya terhadap potensi besar sektor pertanian.
 
Idea berniaga tercetus secara tidak sengaja apabila beliau menyemai biji cili yang tidak sempat digunakan oleh ayahnya dan mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk kampung. Menyedari potensi besar tanaman cili yang mudah dijaga, cepat membesar dan mempunyai pasaran stabil, Yvena terus mengembangkan perniagaannya dengan semangat dan sokongan keluarga yang menjadi pendorong utama dalam mengatasi cabaran keyakinan diri dan komunikasi.
 
Kini, beliau berhasrat memperluas pasaran ke luar kawasan kampung serta memasarkan produknya secara dalam talian sambil menambah ilmu dalam bidang pengurusan perniagaan dan teknologi pertanian. Kisah kejayaannya menjadi inspirasi kepada rakan sebayanya bahawa ilmu, kesungguhan dan keberanian mencuba mampu membuka peluang baharu dalam keusahawanan agro dan menjadikan sektor pertanian sebagai landasan masa depan yang mampan.
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 11/11/2025 | Updated: 11/11/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
-
W, (09:24:25am-09:29:25am, 23 Nov 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]