BINTULU, 11 April 2025 – Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menerima kunjungan hormat daripada Sarawak Forestry Corporation (SFC), yang diwakili oleh Ketua Ketua Bahagian, Biodiversiti, Pemuliharaan dan Penyelidikan, En. James Bali.
Kunjungan ini bertujuan membincangkan potensi kerjasama penyelidikan berkaitan ikan terubok (Tenualosa toli) di Sarawak, serta meninjau fasiliti penyelidikan yang terdapat di fakulti. Pertemuan ini juga membuka ruang untuk kedua-dua organisasi berkongsi pengalaman dan pandangan berhubung kajian penyelidikan ikan terubok, selain meneroka peluang penyelidikan bersama pada masa hadapan.
Kunjungan ini diharapkan dapat memperkukuh kerjasama antara UPMKB dan SFC dalam usaha memelihara dan memulihara populasi ikan terubok di Sarawak. Melalui gabungan kepakaran akademik dan teknologi canggih, kedua-dua pihak berpotensi menyumbang kepada kelestarian sumber perikanan negeri serta memperkasa ekonomi komuniti nelayan tempatan.
Date of Input: 15/04/2025 |
Updated: 15/04/2025 | lanz
MEDIA SHARING