TABAH, BERANI DAN BERJAYA: PERJUANGAN DR. SITI NUR ROHANI DALAM DUNIA AKADEMIK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » TABAH, BERANI DAN BERJAYA: PERJUANGAN DR. SITI NUR ROHANI DALAM DUNIA AKADEMIK

TABAH, BERANI DAN BERJAYA: PERJUANGAN DR. SITI NUR ROHANI DALAM DUNIA AKADEMIK

Dr. Siti Nur Rohani Hasbie, penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pembangunan Komuniti pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-49 Sidang 1, berkongsi perjalanan penuh liku dalam menyiapkan penyelidikan dan penulisan tesisnya.
 
Beliau mengakui pernah berdepan keletihan emosi, hilang arah dan hampir berputus asa apabila hasil kajian tidak menepati jangkaan. Namun, semangat untuk meneruskan perjuangan akademik terus menyala setiap kali beliau mengingatkan diri tentang tujuan asal perjuangannya.
 
Baginya, kekuatan sebenar tidak datang daripada kemenangan, tetapi daripada keberanian untuk terus melangkah walaupun dalam tekanan dan keletihan. Pengalaman tersebut menjadikan beliau lebih matang dan tabah dalam menghadapi kegagalan serta menghargai setiap proses pembelajaran sepanjang perjalanan PhD yang mencabar.
 
Sebagai anak sulung daripada empat beradik yang membesar di perkampungan nelayan Kampung Masjid, Bintulu, Dr. Siti Nur Rohani menjadikan latar hidup sederhana sebagai sumber kekuatan dan inspirasi. Kejayaan ini bukan sahaja milik dirinya, tetapi juga hadiah buat keluarga dan komuniti Vaie tempat beliau dibesarkan, simbol kepada ketabahan serta keberanian seorang wanita dalam mengejar impian.
 
 
 
 

 

Date of Input: 11/11/2025 | Updated: 11/11/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
-
W, (06:29:26pm-06:34:26pm, 26 Nov 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]