Kuching, 26 Oktober 2025 – Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) Sarawak 2025 telah melabuhkan tirainya dengan penuh semangat kesukanan dan kejayaan gemilang di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Kontinjen Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) berjaya mencatatkan pencapaian membanggakan apabila meraih dua pingat gangsa menerusi acara Ragbi 7’s Lelaki dan Futsal Lelaki. Kejayaan ini mencerminkan semangat juang, kesungguhan dan komitmen tinggi para atlet serta pegawai pengiring UPMS sepanjang kejohanan berlangsung.
Majlis penangguhan rasmi SUKIPT Sarawak 2025 turut menyaksikan pengumuman keputusan keseluruhan, di mana:

Johan Keseluruhan: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Naib Johan: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Samarahan

Tempat Ketiga: Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan kontinjen yang telah berjuang dengan penuh semangat kesukanan. Tidak dilupakan juga penghargaan kepada kontinjen UPM Sarawak atas usaha dan pencapaian yang membanggakan.
UPMS turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penaja yang telah menaja dan menyokong kontinjen atlet UPMS sepanjang SUKIPT Sarawak 2025:

XCore Fitness

LayPark Food Court

BME Brandah Sdn. Bhd.

Muor Village & Cafe
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada prestasi yang lebih cemerlang pada edisi akan datang.
Date of Input: 29/10/2025 |
Updated: 29/10/2025 | lanz
MEDIA SHARING