Diinspirasikan daripada warisan seni dan biodiversiti Sarawak, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) memperkenalkan gold bar istimewa menampilkan motif Bunga Kencana dan Rusa Sambar simbol keharmonian, kebanggaan dan identiti pelbagai etnik di bumi Kenyalang.
Dihasilkan oleh warga UPMS sendiri, gold bar ini menggabungkan keindahan tenunan songket etnik dan nilai kelestarian alam — tanda penghargaan terhadap warisan budaya dan semangat perpaduan masyarakat setempat. Edisi khas seberat 0.5g dijual pada harga RM350 seunit sempena Majlis Konvokesyen UPM ke-49.
Untuk mendapatkan koleksi eksklusif ini, anda boleh mengisi borang dalam talian melalui pautan
https://forms.gle/1EyjDU8GetWfaGm69 atau menghubungi kami di talian 086-855249, 086-855276, atau 086-855479. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Pn. Sharinah, Pn. Kartini, atau Pn. Rokaiyah melalui e-mel di
upms_goldbar@upm.edu.my
Date of Input: 05/11/2025 |
Updated: 05/11/2025 | lanz
MEDIA SHARING