UPMKB ANJUR SEMINAR PASCASISWAZAH ANTARABANGSA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » UPMKB ANJUR SEMINAR PASCASISWAZAH ANTARABANGSA

UPMKB ANJUR SEMINAR PASCASISWAZAH ANTARABANGSA

BINTULU: Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) menyeru para pengkaji dan ekspatriat sekitar sini menyertai Seminar Pascasiswazah Antarabangsa dalam Pertanian dan Perhutanan 2025-IPSAF2025 yang bakal berlangsung pada 28 dan 29 Ogos nanti.

Antara yang menjadi sasaran pihak penganjur bagi menyertai seminar dua hari itu kelak ialah golongan pelajar pascasiswazah termasuk penyelidik dalam bidang pertanian, perhutanan atau sains alam sekitar.

Justeru, seminar itu nanti dilihat sebagai platform terbaik bagi menghimpunkan golongan cendekiawan yang dijangka tampil dengan idea-idea inovatif dan kreatif khususnya dalam bidang pertanian.

Pihak penganjur pada masa sama berkata program yang bakal diadakan ini adalah sesuai dengan tema tahun ini iaitu 'Inovasi Teknologi Dalam Kelestarian'.

Ia antara lain bakal menghimpunkan generasi baharu penyelidik, saintis dan penginovasi yang mempunyai keupayaan membentuk masa depan pertanian dan perhutanan dalam dunia yang serba mencabar serta sentiasa berubah.

Oleh yang demikian jelasnya, para peserta yang berminat digesa menyertai program yang penuh interaktif itu bagi meneroka penyelesaian terkini berkaitan inovasi teknologi dalam kelestarian.

Daripada pengamalan konsep pertanian pintar sehingga kemajuan bioteknologi, IPSAF2025 menyediakan platform terbaik bagi membentangkan penyelidikan dan menjalinkan rangkaian global yang sememangnya memberi inspirasi kepada perubahan yang boleh dibuat dari semasa ke semasa.

Date of Input: 28/05/2025 | Updated: 28/05/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/5:8:37:47~noCache