Bintulu, 16 September 2024 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Bintulu Tahun 1446H/2024M yang bermula di Dataran Esplaned mengelilingi pusat bandar hari ini.
Tahniah! Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah dianugerahkan sebagai Johan bagi Pertandingan Sepanduk Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Bintulu 1446H / 2024M bagi kategori B sekolah menengah, pusat kemahiran dan institusi pengajian tinggi.
Kontinjen UPMKB yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini Pengarah Kampus UPMKB dan disertai 55 orang staf telah menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1000.00 beserta sijil dan plak yang disampaikan oleh ADUN Jepak, YB Iskandar Turkee.
Tahniah dan terima kasih juga buat semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses sebelum, semasa dan selepas majlis sambutan ini. Sesungguhnya usaha itu pasti akan membuahkan hasil.
Date of Input: 18/09/2024 |
Updated: 18/09/2024 | lanz
MEDIA SHARING