UPMS ANJUR KURSUS PENGURUSAN TEKNIKAL PENTERNAKAN KAMBING 26 SEPT INI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » UPMS ANJUR KURSUS PENGURUSAN TEKNIKAL PENTERNAKAN KAMBING 26 SEPT INI

UPMS ANJUR KURSUS PENGURUSAN TEKNIKAL PENTERNAKAN KAMBING 26 SEPT INI

BINTULU: Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) menerusi Pusat Pertanian Putra (PPP) bakal menganjurkan Kursus Pengurusan Teknikal Penternakan Kambing pada 26 September ini.

Kursus berkenaan yang berlangsung jam 8 pagi hingga 5 petang akan diadakan di PPP, UPMS yang merangkumi sesi kursus secara teori dan praktikal.

Program berkenaan antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada setiap peserta mengenai keperluan asas dan pengurusan ternakan kambing.

Selain itu, ia turut membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk memahami potensi atau peluang dalam bidang penternakan kambing.

Antara aspek penting yang ditekankan dalam kursus berkenaan adalah pengurusan makanan ternakan, khususnya keperluan menyediakan makanan yang mencukupi kandungan nutrien pada kos pengurusan yang berpatutan sekali gus memastikan kelangsungan sesuatu projek penternakan kambing.

Peserta turut didedahkan kepada kitaran pengurusan ternakan bermula daripada kelahiran, pembesaran, pembiakan dan seterusnya pengurusan kambing bunting.

Bagi setiap peserta yang mengambil bahagian dalam kursus akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM180 bagi peserta luar, manakala bagi kakitangan UPMS termasuk ahli keluarga dan pelajar pula akan dikenakan yuran sebanyak RM150 seorang.

Penyertaan adalah terhad dan kursus akan dibatalkan sekiranya jumlah minimum 20 peserta tidak dicapai sebelum tarikh tutup pendaftaran pada 11 September depan.

Bagi peserta yang berminat, pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui borang yang disediakan atau laman sesawang UPMS.

Pembayaran yuran boleh dibuat secara dalam talian atau melalui mesin deposit tunai (CDM) ke akaun CIMB Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu bernombor 8005 232 086.

Bukti pembayaran hendaklah dihantar melalui e-mel kepada josephinejawai@upm.edu.my atau WhatsApp ke 011-25634022 (Putra Mart, UPMS) atau 013-7073252 (Josephine), dengan peserta perlu menyatakan nama masing-masing ketika menghantar bukti pembayaran.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Dr Carlina Freddie Simol @ Rachellynna di talian 019-8340886, Dr Zaidi Suif (013-8400851) atau Josephine Jawai Makos (013-7073252).

Orang ramai juga boleh menghubungi Putra Mart UPMS di talian 011-2563 4022 atau pejabat di 086-855667 untuk maklumat lanjut.

Pihak penganjur memaklumkan yuran akan dipulangkan sepenuhnya sekiranya kursus dibatalkan kerana tidak mencapai jumlah minimum penyertaan.

Bagaimanapun, yuran tidak akan dikembalikan sekiranya kursus diteruskan tetapi peserta menarik diri selepas tarikh tutup pendaftaran.

Peserta turut dinasihatkan agar mengambil kira tempahan tiket penerbangan dan penginapan kerana pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian berkaitan perkara berkenaan.

Kursus ini dianjurkan Pusat Pertanian Putra, Universiti Putra Malaysia Sarawak sebagai usaha mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran masyarakat dalam bidang penternakan serta menyokong pembangunan sektor pertanian di bahagian ini.

Date of Input: 20/08/2026 | Updated: 20/08/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (02:30:46pm-02:35:46pm, 15 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]