YBSC 3.0 2025: BINA JIWA, JATI DIRI & CINTA ALAM | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » YBSC 3.0 2025: BINA JIWA, JATI DIRI & CINTA ALAM

YBSC 3.0 2025: BINA JIWA, JATI DIRI & CINTA ALAM

BINTULU, 6 Julai 2025 – Seramai 60 orang pelajar dari MRSM Mukah telah menyertai Youth Biodiversity Science Camp (YBSC) 3.0, yang telah berlangsung di Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), dengan tema “Harmony with Nature and Sustainable Development.”

Program ini merupakan hasil kerjasama erat antara Jabatan Sains, MRSM Mukah dan Jabatan Sains Perhutanan, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPMS. Matlamat utamanya adalah untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan luas, berjiwa kepimpinan serta memiliki kesedaran mendalam terhadap kelestarian biodiversiti dan alam sekitar.
 
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program, antaranya Forest Night Walk, Blind Trail, YBSC Explorace, Fauna Challenge, Teknik Kem Survival dan sesi Refleksi MRSM. Setiap aktiviti dirangka khusus untuk memperkukuh kemahiran insaniah, memperluas pengetahuan biodiversiti serta memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan peserta.
 
YBSC 3.0 turut mendapat sokongan padu daripada fasilitator pelajar Diploma Perhutanan serta staf akademik dan pentadbiran dari kedua-dua institusi. Kolaborasi ini menjadikan program ini sebagai satu platform pendidikan luar bilik darjah yang berimpak tinggi dan berdaya saing.
 
Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, YBhg. Prof. Madya Dr. Noorasmah Saupi, yang menyifatkan YBSC sebagai pelaburan penting dalam pembangunan modal insan berteraskan kelestarian.
 
“Program seperti ini bukan sahaja mencungkil potensi pelajar dalam bidang akademik, malah membentuk mereka sebagai pemimpin masa depan yang bertanggungjawab terhadap hutan dan alam sekitar,” ujar beliau dalam ucapan penutup.
 
Dengan semangat, ilmu dan pengalaman yang dibawa pulang, YBSC 3.0 membuktikan bahawa pendidikan berasaskan alam semula jadi mampu menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi muda yang lestari, berdaya tahan dan harmoni dengan alam.
 
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan YBSC 3.0 tahun ini - bukti bahawa apabila institusi berganding bahu, impak pendidikan menjadi lebih bermakna dan berkesan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 10/07/2025 | Updated: 10/07/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (07:06:53am-07:11:53am, 18 Aug 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]