BINTULU: Seramai 30 peserta terdiri daripada komuniti setempat dan penternak diberi pendedahan berkaitan kaedah penghasilan makanan ternakan yang sistematik, berkesan dan mampan melalui Kursus Pengeluaran Makanan Ternakan di sini hari ini.
Kursus tersebut merupakan anjuran Pusat Pertanian Putra Universiti Putra Malaysia Sarawak (PPP@UPMS) yang berlangsung di kampus UPMS hari ini.
Jurucakap penganjurnya berkata, kursus itu bertujuan memperkasa pengetahuan, kemahiran komuniti serta pengusaha ternakan dalam menghasilkan makanan ternakan yang sistematik, berkesan dan mampan.
Ceramah dalam kursus sehari ini telah disampaikan oleh Pensyarah Kanan Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan UPMS Dr Muhamad Hakim Mohd Ali Hanafiah, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan itu menyebut, pengendalian kursus itu turut dibantu oleh Dr Carlina Freddie Simol@Rachellynna, Razak Mat Sahar, Jamarizal Ahmad, Yusri Drahman serta staf lapangan PPP UPMS semasa sesi amali.
Katanya, program itu merupakan sebahagian daripada inisiatif AgriEngage@UPMS yang menjadikan PPP sebagai pusat rujukan dan pemindahan ilmu pertanian.
Kursus AgriEngage@UPMS ini diharap menjadi pemangkin ilmu dan manfaat kepada peserta serta menyumbang kepada pembangunan lestari sektor pertanian dan ternakan di Sarawak selaras dengan aspirasi Sarawak Maju Makmur, tambahnya.
Date of Input: 26/03/2026 | lanz

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia