8 Jun 2026 - Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS), UPM Sarawak (UPMS) telah menerima kunjungan panel penilai bagi melaksanakan Audit Lokasi untuk tujuan Penilaian Akreditasi Sementara dan Akreditasi Penuh bagi Program Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan (Kepujian).
Audit yang diselaraskan oleh Pusat Jaminan Kualiti (CQA), UPM ini telah dipengerusikan oleh Dr. Shah Rollah Abdul Wahab (Universiti Teknologi Malaysia) dengan Dr. Boo Harn Shian (Universiti Sains Malaysia) sebagai Ahli Panel Penilai, manakala Puan Rahmawati Umar bertindak sebagai Pegawai Pemantau daripada CQA, UPM.
Sepanjang audit berlangsung, panel penilai telah meneliti pelbagai aspek berkaitan program pengajian termasuk kurikulum, pengurusan akademik, kemudahan pembelajaran, dokumentasi sokongan serta mengadakan sesi perbincangan bersama pihak pengurusan fakulti, entiti berkaitan di UPMS dan warga fakulti yang terlibat.
FKPS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para panel penilai, CQA UPM serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan proses audit ini. Semoga usaha berterusan ini dapat memperkukuh kecemerlangan akademik dan budaya penambahbaikan berterusan demi menyediakan pengalaman pembelajaran yang berkualiti kepada para pelajar.
Date of Input: 22/06/2026 | lanz

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia