Bilik kuliah memberikan teori, tetapi alam semula jadi memberikan pengalaman sebenar. Pelajar Semester 2 Bacelor Sains Akuakultur dengan Kepujian, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) telah menjalankan amali lapangan bagi kursus AKU3604 Ekologi Akuatik di Hutan Nirwana,UPMS sebuah makmal hidup yang kaya dengan biodiversiti dan ekosistem semula jadi.
Diketuai oleh Dr. Hadi Hamli, para pelajar berpeluang menjalankan penilaian spesies akuatik serta mempelajari teknik persampelan dan pemantauan habitat secara langsung di lapangan. Aktiviti ini membantu pelajar memahami bagaimana organisma akuatik berinteraksi dengan persekitaran mereka serta kepentingan pemuliharaan ekosistem air tawar.
Hutan Nirwana bukan sekadar kawasan hutan, malah berfungsi sebagai platform pembelajaran, penyelidikan dan latihan praktikal yang membolehkan pelajar mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam situasi sebenar.
Berminat dengan biodiversiti, hidupan akuatik, akuakultur dan pemuliharaan alam sekitar?
• Bacelor Sains Akuakultur dengan Kepujian, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPMS
Jom jadikan alam semula jadi sebagai bilik kuliah anda!
Date of Input: 22/06/2026 | lanz

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia