BINTULU, 16 Januari – Seramai 600 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Bintulu Sarawak menyertai bengkel The Little Eco Warriors: The 3R (Reduce, Reuse, Recycle) Quest yang bertujuan mendidik murid sekolah rendah mengenai amalan pengurusan sisa lestari daripada kecil.
Bengkel ini adalah anjuran bersama Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB), Lembaga Kemajuan Bintulu dan Sarawak Eco Warrior.
Terdapat pelbagai aktiviti, permainan interaktif dan demonstrasi penggunaan tong kitar semula bagi menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan di samping memupuk kesedaran murid-murid akan kepentingan mengurangkan, mengguna semula dan mengitar semula sisa terhadap kesejahteraan alam sekitar.
Pensyarah Kanan FKPS, UPMKB, Dr. Karmilah Binti Abdullah berkata Pendidikan awal tentang kelestarian dapat melahirkan wira-wira kecil yang cakna alam sekitar.
Dengan memperkenalkan konsep 3R kepada murid-murid sejak usia muda, kami berharap murid-murid faham bahawa usaha kecil yang dilakukan secara kolektif dan konsisten mampu memberi impak positif terhadap alam sekitar.
Wakil Sarawak Eco Warrior, Encik Raden Kamarulzaman Bin Raden Bustari mengendalikan bengkel melalui penceritaan dan aktiviti yang menarik minat murid-murid, sementara Lembaga Kemajuan Bintulu yang diwakili oleh Encik Bahaman Ali Jennah Bin Abdul Latip menyediakan bahan pendidikan dan sokongan logistik untuk bengkel tersebut.
Diharapkan usaha ini dapat diteruskan bagi meningkatkan kesedaran dan melahirkan wira-wira alam sekitar untuk setiap lapisan umur.
Date of Input: 17/01/2025 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia