FREE MEAL@JSSP RINGANKAN BEBAN PELAJAR | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » FREE MEAL@JSSP RINGANKAN BEBAN PELAJAR

FREE MEAL@JSSP RINGANKAN BEBAN PELAJAR

BINTULU, 5 Februari – Sebagai langkah sokongan membantu meringankan beban kos sara hidup pelajar, Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan (JSSP), Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS), Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) telah melaksanakan Program Free Meal @ JSSP di sini, Selasa lalu.

Ketua Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan, Dr. Yasmin Yaccob berkata, program berkenaan dilaksanakan dengan agihan makanan dan minuman percuma kepada 200 orang pelajar di fakulti berkenaan sebagai tanda keprihatinan selain bertujuan meringankan beban pelajar dalam memenuhi keperluan asas harian.

Mengulas lanjut berkenaan program ini, beliau berkata, Program Free Meal @ JSSP bukan sekadar penyediaan juadah percuma, tetapi juga menjadi platform untuk memperkukuh hubungan komuniti kampus dalam suasana mesra dan harmoni, selari dengan semangat perpaduan yang diraikan sempena Tahun Baharu Cina.

Inisiatif ini bukan sahaja mengeratkan silaturrahim antara pensyarah, staf dan pelajar, malah menyemarakkan semangat kebersamaan serta menanamkan nilai kesyukuran dan saling menghormati dalam persekitaran kampus yang inklusif, tambah beliau.

Sementara itu para pelajar yang hadir mengakui, mereka bukan sahaja menikmati hidangan yang disediakan, malah turut merasai semangat kebersamaan dan muhibbah yang diterapkan oleh pensyarah dan pegawai di Jabatan berkenaan.

Program Free Meal@JSSP akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai sebahagian daripada usaha berterusan JSSP dalam menyokong kesejahteraan pelajar UPMS.

Date of Input: 26/03/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
-
W, (01:29:01pm-01:34:01pm, 26 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]