GALERI KHAS KENANG JASA TOK NAN DI UPM SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » GALERI KHAS KENANG JASA TOK NAN DI UPM SARAWAK

GALERI KHAS KENANG JASA TOK NAN DI UPM SARAWAK

BINTULU: Perjuangan mantan Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem dalam menyatukan rakyat Sarawak tanpa mengira kaum diabadikan di sebuah galeri khas di Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS).

Galeri ini bukan sekadar ruang pameran yang menghidupkan semula memori Tok Nan, tetapi pusat ilmu dan inspirasi untuk generasi akan datang memahami perjuangan, nilai dan visi tokoh besar itu.

Majlis perasmian galeri itu disempurnakan oleh Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah hari ini.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan meskipun Allahyarham hanya memimpin selama dua tahun lapan bulan, kesan kepimpinannya amat mendalam dan membentuk hala tuju Sarawak sehingga kini.

Tok Nan seorang pemimpin berani, jujur dan tiada pilih kasih. Beliau menyatukan rakyat tanpa mengira kaum.
Kepimpinannya meninggalkan asas kukuh yang kita nikmati pada hari ini, katanya.

Katanya, Galeri Tok Nan dibangunkan sejak 2019 sebagai simbol penghargaan terhadap sumbangan Allahyarham dalam memperjuangkan hak Sarawak, memelihara perpaduan antara etnik, serta memartabatkan budaya dan kesenian negeri.

Ia juga menjadi pusat penyelidikan, rujukan akademik dan turut mempamerkan koleksi peribadi, foto, bahan bacaan, hobi serta catatan penting Tok Nan.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak menyalurkan dana sebanyak RM2.5 juta bagi membiayai aktiviti galeri, termasuk program penyelidikan, penganjuran acara kebudayaan serta biasiswa pelajar PhD dan sarjana dalam bidang berkaitan.

Date of Input: 18/08/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, (12:19:28am-12:24:28am, 19 Aug 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]