GERAK SEREMPAK ERATKAN JALINAN KOMUNITI UPMKB DAN SK SUNGAI SELAD | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » GERAK SEREMPAK ERATKAN JALINAN KOMUNITI UPMKB DAN SK SUNGAI SELAD

GERAK SEREMPAK ERATKAN JALINAN KOMUNITI UPMKB DAN SK SUNGAI SELAD

BINTULU, 8 November 2024 – Program Putra Bakti Gerak Serempak yang dianjurkan oleh Pelajar QKK2101 Bakti Siswa Kumpulan 5, Semester Pertama sesi 2024/2025 UPM Kampus Bintulu, dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Sungai Selad telah berlangsung meriah pada 8 dan 9 November 2024.

Sebuah program komuniti yang melibatkan 229 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dan warga SK Sungai Selad telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Sungai Selad baru-baru ini.

Program Putra Bakti Gerak Serempak ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pelajar UPMKB dan komuniti setempat. Selain itu memberi manfaat kepada pelajar sekolah dalam bentuk aktiviti pendidikan dan pembangunan sahsiah.Terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti Shhh Focus Bomb,Terbang Menggapai Bintang, The Greatest Night Showcase dan Kerja Komuniti.

Program seperti ini bukan sahaja memberi peluang kepada kami untuk memberi sumbangan kepada masyarakat, tetapi juga dapat memperkukuhkan hubungan di antara pelajar UMPKB dan komuniti setempat. Kami berharap aktiviti ini dapat memberikan impak positif kepada perkembangan pelajar di SK Sungai Selad. Program ini turut disambut baik oleh pihak sekolah yang berharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Guru Besar SK Sungai Selad, Puan Kerdline Pepetchua Moss, mengucapkan terima kasih kepada pelajar UPMKB atas komitmen dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program yang bermanfaat ini.

Majlis penutupan program ini telah disempurnakan oleh Puan Dayang Kamisiah Binti Awang Sebi, penasihat Bakti Siswa Kumpulan 5, yang mewakili Pengarah Kampus Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu Sarawak. Dengan berakhirnya program tersebut, diharapkan hubungan erat antara pelajar UPMKB dan SK Sungai Selad dapat terus diperkukuhkan, seterusnya memberi kesan yang baik kepada pembangunan akademik dan sahsiah pelajar-pelajar sekolah ini.

Date of Input: 17/01/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/5:5:06:03~noCache