JERAYAWARA JAMINAN KUALITI AKADEMIK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » JERAYAWARA JAMINAN KUALITI AKADEMIK

JERAYAWARA JAMINAN KUALITI AKADEMIK

Bintulu - 14 hingga 15 Mei 2025, Telah berlangsung program Jerayawara Jaminan Kualiti Akademik di UPMKB di mana program ini merupakan julung kali diadakan dan UPMKB merupakan PTJ pertama untuk sesi jerayawara yang dianjurkan oleh Pusat Jaminan Kualiti (CQA), UPM. Program ini dianjurkan sebagai satu inisiatif memperkenalkan jaminan kualiti akademik dan peranannya secara keseluruhan.

Pengarah UPMKB, dalam ucapannya pada hari terakhir jerayawara mengucapkan tahniah kepada pohak CQA akan penganjuran program Jerayawara Jaminan Kualiti Akademik di UPMKB dan mengganggap program seperti ini merupakan usaha terbaik daripada pihak CQA dalam meningkatkan kualiti program akademik di UPM secara keseluruhannya.

Beliau turut berharap semua tenaga pengajar akademik di UPMKB mengambil peluang sebaiknya melalui program ini bagi memastikan program akademik yang ditawarkan sentiasa memenuhi standard yang ditetapkan sekaligus menjadi program pilihan di institusi pendidikan tinggi Malaysia.

Program jerayawara kali ini dihadiri sendiri oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Abd. Rahim Abu Talib, Pengarah CQA UPM. Turut hadir Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria, Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik, CQA UPM, Prof. Madya Dr. Muskhazli Mustafa, Felo Bersekutu, CQA UPM dan tiga org pegawai dari CQA.

Date of Input: 19/05/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/4:5:20:43~noCache