BINTULU, 23 April 2024 – Program Jom Baca Bersama 10 Minit yang berlangsung di Perpustakaan UPM Kampus Bintulu Sarawak telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga kampus. Program ini bertujuan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar dan staf universiti.
Acara ini diadakan serentak di seluruh negara pada 23 April 2024, bermula tepat jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi. Di UPMKB, para peserta berkumpul di perpustakaan untuk bersama-sama membaca selama 10 minit sebagai simbolik menyemarakkan budaya membaca.
Menurut Ketua Perpustakaan UPMKB, program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif perpustakaan untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan komuniti kampus serta menyokong usaha kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai negara membaca.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan semoga budaya membaca ini akan diteruskan dalam kehidupan seharian.
Date of Input: 29/04/2025 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia