10 Ogos 2024, Kota Samarahan – Kumpulan Putra Adventour dari Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menerima Anugerah Harapan IDCT menerusi Program Grand Showcase, Impact Digital Tourism Community 2023. Program yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi ini telah diadakan di Summer Mall, Kota Samarahan.
Kumpulan Putra Adventour memilih untuk mengetengahkan komuniti Lebu Kulit, Sungai Asap, Belaga, Sarawak, yang telah menunjukkan dedikasi dan kreativiti dalam mempromosikan pelancongan digital di kawasan tersebut. Anugerah tersebut disampaikan oleh YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, yang turut merasmikan program tersebut.
Penganjuran acara ini bertujuan untuk mengiktiraf dan mempromosikan usaha-usaha cemerlang dalam sektor pelancongan digital serta memperkukuh kerjasama antara institusi pendidikan tinggi dan komuniti setempat.
Date of Input: 20/08/2024 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia