Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak telah menganjurkan Latihan Amalan Makmal Mikrobiologi yang Baik pada 20 Mei 2025 (Selasa). Latihan ini berlangsung selama satu (1) hari dan dibahagikan kepada dua (2) sesi utama, iaitu sesi ceramah pada sebelah pagi dan sesi latihan amali (hands-on) pada sebelah petang.
Sesi ceramah menampilkan empat (4) pensyarah jemputan yang berpengalaman luas dalam bidang mikrobiologi, iaitu:
• Prof. Madya Dr. Leong Sui Sien (Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan, FSPH, UPMKB)
• Ts. Dr. Suhaili bin Mustafa (Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan, FSPH, UPMKB)
• Dr. Aidil Khan (Bacha Khan University Charsadda, Pakistan)
• Dr. Nasreen (Abdul Wali Khan University Mardan, Pakistan)
Latihan ini telah disertai oleh seramai 40 peserta yang terdiri daripada wakil antarabangsa, staf UPMKB, dan para pelajar. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan amalan kerja makmal yang selamat serta beretika dalam bidang mikrobiologi.
Antara topik yang dibincangkan termasuk isu-isu semasa dalam mikrobiologi, keselamatan makmal, dan pengurusan sisa mikrobiologi. Sesi petang pula memberi fokus kepada latihan amali secara langsung, yang membolehkan peserta mengaplikasikan ilmu yang diperoleh serta memperkukuh kemahiran teknikal mereka dalam pengendalian peralatan dan bahan mikrobiologi.
Date of Input: 23/05/2025 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia