LAWATAN PENANDA ARAS PERPUSTAKAAN IKMAS KE PERPUSTAKAAN UPMS | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » LAWATAN PENANDA ARAS PERPUSTAKAAN IKMAS KE PERPUSTAKAAN UPMS

LAWATAN PENANDA ARAS PERPUSTAKAAN IKMAS KE PERPUSTAKAAN UPMS

Bintulu, 12 Feb – Pada 12 Februari 2026 yang lalu, Perpustakaan Institut Kemahiran Islam Sarawak (IKMAS) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Perpustakaan Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS).

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman serta memperkukuh jaringan kerjasama profesional antara kedua-dua institusi. Sepanjang sesi lawatan, satu perbincangan dua hala telah diadakan meliputi pelbagai aspek pengurusan perpustakaan antaranya pengurusan kewangan, penggunaan sistem perpustakaan, cabaran operasi serta pengurusan koleksi.

Menurut Ketua Perpustakaan UPMS, Encik Awang Ahmad Faizi bin Awang Dahlan, lawatan penanda aras antara perpustakaan pada masa kini amat penting sebagai platform perkongsian kepakaran, idea inovasi serta penyesuaian amalan terbaik agar institusi perpustakaan kekal relevan dalam era digital dan keperluan pengguna yang semakin dinamik.

Delegasi turut dibawa meninjau kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan, di samping bertukar pandangan mengenai amalan terbaik dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pengguna. Semoga lawatan ini menjadi platform perkongsian ilmu yang bermanfaat dan membuka ruang kerjasama berterusan pada masa akan datang.

Date of Input: 30/03/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
-
W, (12:54:14am-12:59:14am, 20 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]