Bintulu: 25 Jun 2024. Program Bacelor Sains Akuakultur dengan Kepujian, Jabatan Sains Haiawan dan Perikanan, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke LAKU Management Sdn. Bhd., Bintulu, Sarawak.
Lawatan ini deketuai oleh Prof. Madya Dr. Leong Sui Sien, diiringi oleh Puan Murin Murin Anak Balang dan Cik Arlene Debbie anak Lingoh dan melibatkan 13 pelajar Bacelor Sains Akuakultur dengan Kepujian semester 6.
Lawatan ini bertujuan untuk untuk memenuhi hasil pembelajaran kursus AKU4501 Mikrobiologi Akuatik yang berkaitan di samping mendedahkan pelajar kepada pengalaman sebenar melalui aktiviti penapisan dan rawatan air yang dijalakan oleh loji rawatan air LAKU.
Dalam usaha mencapai maklamat ke arah pembentukan mahasiswa yang berkualiti, berdaya saing dan berkhemah tinggi. Lawatan ini merupakan wadah untuk pra mahasiswa bacelor khususnya semester 6 untuk mempelajari dan membina pengetahuan yang berkaitan dengan iteraksi mikrobiologi dengan pemprosesan air di lapangan secara praktikal.
Date of Input: 02/07/2024 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia