Look East Policy Mobility Programme : Towards The Land Of The Rising Sun merupakan kolaborasi antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kyushu Institute of Technology (Kyutech) telah berlangsung dari 11 hingga 24 November 2024. Program ini melibatkan penyertaan 22 pelajar yang terdiri daripada pelajar pascasiswazah dan prasiswazah dari UPM kampus Bintulu dan kampus Serdang. Program ini diselaras bersama oleh Cik Kayako YOSHIMURA dari pihak KYUTECH dan pegawai pengiring UPM, Puan Rosidah binti Basir.
Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang penyelidikan dan penggunaan teknologi antaranya dalam bidang Biomechanics, Microbial Biotechnology, Biomolecular Engineering, Environmental-Begin Functional Materials, Human Activity Recognition (Sensor-based Preventive Healthcare Application), Human and Social Intelligence Systems, Brain-like Computer System dan Human-Function Substituition Systems.
Selama tempoh dua minggu ini, pelajar berpeluang untuk terlibat dalam pelbagai program, termasuk lawatan ke makmal-makmal antaranya di bawah seliaan Profesor Hiroshi Yamada, Profesor Toshinari Maeda, Profesor Sozo Inoue, Profesor Tomohiro Shibata, Profesor Hakaru Tamukoh, Profesor Chikamune Wada, Assoc. Prof Shinya Ikeno dan Assoc. Prof Yoshito Ando, Bengkel LEGO@Serious Play dan juga lawatan ke Kitakyushu Eco Town Center. Selain itu, pelajar juga terlibat dalam penganjuran Simposium Antarabangsa Kejuruteraan Gunaan dan Sains (SAES 2024) yang berlangsung pada 14 hingga 15 November 2024 di Kyushu Institute of Technology (Kyutech),Jepun.
Simposium ini bertujuan untuk berkongsi idea tentang kemajuan dalam Kejuruteraan dan Sains Gunaan. SAES 2024 YBhg. Disamping itu juga turut diadakan acara menandatangani pembaharuan MOA diantara UPM dan KYUTECH bermula 14/11/2024 sehingga 14/11/2029. Turut hadir pada majlis tersebut, YBhg. Dato Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM dan pegawai-pegawai kanan UPM.
UPM telah menjalin program pertukaran pelajar dengan Kyutech sejak tahun 2012 yang melibatkan lebih dari 1850 pelajar dari kedua-dua belah pihak. Program mobiliti ini telah memberikan impak positif terhadap hubungan antara UPM dan KYUTECH. Dengan penyertaan pelajar dari kedua-dua universiti, kedua-dua pihak berpeluang untuk saling memahami dan menghargai kelainan budaya masing-masing.
Date of Input: 17/01/2025 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia