BINTULU, 4 Ogos 2024 - Program Malam Warisan (MaWar) Kolej Sri Rajang 2024 telah berlangsung dengan penuh gemilang di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB). Majlis yang penuh warna-warni ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia Profesor Dr Ariffin bin Abdu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal pelajar dan Alumni, Universiti Putra Malaysia, yang merasmikan acara tersebut dengan penuh bersemangat.
Persaingan sengit antara pelajar-pelajar baharu UPMKB menyaksikan Blok D dinobatkan sebagai juara MaWar 2024. Dengan persembahan yang memukau bertemakan "Demi Negaraku" dan berkonsepkan "Citrawarna," Blok D berjaya menambat hati juri dan penonton dengan kreativiti dan kebolehan mereka dalam mempersembahkan keunikan budaya Malaysia.
Objektif utama MaWar 2024 adalah untuk memartabatkan warisan dan budaya tempatan di kalangan pelajar dan warga kampus. Dengan tema "Demi negaraku" program ini bertujuan untuk memupuk rasa bangga terhadap kekayaan budaya di Malaysia dan mengeratkan hubungan komuniti. Matlamat program ini adalah untuk memperkenalkan dan menghargai kepelbagaian budaya Malaysia, serta membina semangat perpaduan di kalangan pelajar.
Pelajar, penganjur, dan peserta program ini mendapat pelbagai manfaat daripada penganjuran MaWar 2024. Pelajar berpeluang untuk memperluaskan pengetahuan dan pemahaman mereka tentang budaya dan tradisi tempatan. Selain itu, mereka juga dapat mengasah bakat dan kreativiti dalam bidang seni dan kebudayaan. Bagi penganjur, iaitu Majlis Perwakilan Kolej ( MPK) 2024/2025, program ini merupakan platform untuk membina kepimpinan dan kemahiran organisasi, sambil memberikan sumbangan kepada pelestarian budaya.
Peserta pula mendapat peluang untuk berinteraksi sesama mereka, membina hubungan yang erat dan saling memahami di samping menghargai kepelbagaian budaya. Selain itu, pengalaman menyertai pertandingan dan mempersembahkan kebolehan mereka di hadapan penonton yang ramai merupakan kenangan yang tidak ternilai dan memberi motivasi untuk terus memajukan diri.
MaWar 2024 berjaya mencapai objektifnya untuk menyemarakkan warisan dan budaya tempatan di UPMKB. Dengan sokongan penuh daripada pihak universiti, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), program ini telah menunjukkan betapa pentingnya usaha melestarikan budaya dan tradisi kita. Semoga MaWar terus menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan dan terus berkembang dengan lebih cemerlang di masa hadapan.
Date of Input: 20/08/2024 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia