MISI SUKARELAWAN PENYAYANG 2.0 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » MISI SUKARELAWAN PENYAYANG 2.0

MISI SUKARELAWAN PENYAYANG 2.0

Bintulu, 16 Mei 2026 - Program anjuran Kelab Penyayang UPMS dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Sebuan Besar Jepak telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat kesukarelawanan dan kebersamaan.

Pelbagai aktiviti bermakna telah dijalankan termasuk aktiviti penanaman pokok, sesi Hidup Aktif, Hati Ceria bersama warga emas serta Ceramah Kempen Internet Selamat oleh SKMM. Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara mahasiswa dan komuniti, malah menyemai nilai keprihatinan sosial dalam kalangan sukarelawan.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan demi kesejahteraan masyarakat.

Date of Input: 22/06/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (07:56:59pm-08:01:59pm, 13 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]