NEXGÉN ENTREPRENEURS PROGRAMME BERJAYA DIANJURKAN DI BINTULU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » NEXGÉN ENTREPRENEURS PROGRAMME BERJAYA DIANJURKAN DI BINTULU

NEXGÉN ENTREPRENEURS PROGRAMME BERJAYA DIANJURKAN DI BINTULU

Bintulu, 16 Mei 2026 – Program NexGén Entrepreneurs Programme telah berjaya dilaksanakan di TEGAS Digital Innovation Hub, Bintulu dengan penyertaan seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia dan pelajar yang berminat dalam bidang keusahawanan.

Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kesedaran peserta mengenai dunia perniagaan, keusahawanan dan inovasi melalui sesi perkongsian yang interaktif serta aktiviti pembelajaran yang bermanfaat. Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang memperoleh pendedahan berkaitan asas perniagaan, pembangunan idea, peluang keusahawanan dan kepentingan inovasi dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.

Penganjuran program ini merupakan hasil kerjasama antara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Miri, Youth, Leadership & Entrepreneurship (YLE), Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) serta TEGAS Digital Innovation Hub, Bintulu.

Komitmen dan penglibatan aktif para peserta sepanjang program berlangsung telah menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan program ini. Selain menimba ilmu, peserta turut berpeluang membina jaringan hubungan, bertukar pandangan serta memperluaskan pemahaman mengenai ekosistem keusahawanan.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, fasilitator serta rakan kerjasama yang telah memberikan sokongan dan komitmen dalam menjayakan program ini.

Diharapkan program seumpama ini dapat terus menjadi platform yang berkesan dalam melahirkan lebih ramai usahawan muda yang berdaya saing, kreatif dan bersedia menyumbang kepada pembangunan komuniti serta ekonomi negara.

Date of Input: 22/06/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (01:07:44am-01:12:44am, 14 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]