PEMINDAHAN ILMU UPM PERKUKUH EKONOMI PEKEBUN NENAS DI MARUDI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » PEMINDAHAN ILMU UPM PERKUKUH EKONOMI PEKEBUN NENAS DI MARUDI

PEMINDAHAN ILMU UPM PERKUKUH EKONOMI PEKEBUN NENAS DI MARUDI

Marudi, Sarawak – Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) menerusi inisiatif Pertanian untuk Rakyat terus memperkukuh peranan universiti dalam pembangunan komuniti luar bandar. Satu program libat urus bersama komuniti pekebun nenas di Marudi telah dilaksanakan di bawah sokongan dana di bawah Skim Geran Pemindahan Ilmu Jaringan Industri dan Masyarakat (KTGS-JINM).

Program ini memberi tumpuan kepada perkongsian ilmu dalam aspek perancangan kewangan ladang dan strategi pengurusan perniagaan tani, yang dikendalikan oleh Ketua Projek, Dr. Shairil Izwan Taasim. Inisiatif ini bertujuan memindahkan ilmu serta memperkasakan komuniti setempat agar lebih berdaya saing dalam bidang pertanian. Program ini turut melibatkan pengusaha kebun nenas tempatan yang diketuai oleh Encik Isaac Kui.

Pendekatan yang dilaksanakan membantu pekebun membina asas yang kukuh dalam merancang dan mengurus hasil pertanian dengan lebih sistematik. Menurut Dr. Shairil, program ini sejajar dengan aspirasi universiti dalam memindahkan pengetahuan dan kepakaran akademik kepada masyarakat, sekali gus memberi impak positif terhadap peningkatan taraf hidup komuniti. Ilmu yang dikongsi bukan sahaja tertumpu kepada bidang pertanian, malah merangkumi aspek pengurusan, pemasaran dan potensi pembangunan Kawasan.

Selain meningkatkan kecekapan ladang dan penggunaan rekod tanaman, program ini turut mendedahkan komuniti kepada potensi pembangunan kawasan sebagai destinasi pelancongan agro yang memanfaatkan keluasan ladang nenas dan keunikan tanaman tempatan.

Turut serta dalam program ini ialah Dr. Steward Giman anak Stephen dan En. Ainul Fikri bin Mohamad Pauzi, yang memainkan peranan penting dalam pelaksanaan aktiviti lapangan serta perkongsian ilmu bersama peserta. Kehadiran UPMS dalam kalangan komuniti pekebun kecil di Marudi ini membuktikan bahawa universiti mampu menjadi pemangkin perubahan sosioekonomi melalui pendekatan berasaskan keperluan sebenar masyarakat.

Date of Input: 10/07/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W, ~noCache [*LIVETIMESTAMP*]