Pada 5 Mei 2026, telah berlangsung dengan jayanya program INTERNATIONAL WEBINAR ON ADVANCING AGRICULTURAL TECHNOLOGY FOR A SUSTAINABLE FUTURE, anjuran Institut Ekosains Borneo (IEB), Universiti Putra Malaysia Sarawak.
Webinar antarabangsa ini berjaya menghimpunkan 68 orang peserta berdaftar dari Malaysia, Indonesia dan Filipina, sekali gus menjadi platform perkongsian ilmu rentas negara dalam meneroka peranan teknologi pertanian ke arah masa depan yang lebih mampan, pintar dan berdaya tahan.
Dua sesi perkongsian utama telah disampaikan oleh penceramah jemputan yang berwibawa:
* Prof. Dr. Yusuf Hendrawan
Dekan, Fakultas Teknologi Pertanian, Universitas Brawijaya
- Artificial Intelligence for Precision and Sustainable Agricultural Systems
* Ts. Gs. Dr. Wan Nor Zanariah Binti Zainol @ Abdullah
Timbalan Pengarah, Institut Ekosains Borneo, UPM Sarawak
-Integrating Ecosystem Science into Smart Agriculture for Sustainable Development
Program ini membuka ruang perbincangan yang signifikan mengenai aplikasi Artificial Intelligence (AI), pertanian pintar, teknologi geospatial, sains ekosistem, pengurusan sumber semula jadi dan inovasi pertanian lestari dalam memperkukuh sektor pertanian serantau.
Webinar ini telah diketuai oleh ChM. Dr. Azrul Nurfaiz Bin Mohd Faizal selaku Pengarah Program.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penceramah jemputan, peserta, urus setia dan semua pihak yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan program ini.
Semoga program ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak jaringan akademik, penyelidikan berimpak dan kolaborasi antarabangsa dalam bidang teknologi pertanian lestari.
Advancing technology, empowering agriculture, sustaining the future.
Date of Input: 22/06/2026 | lanz

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia