Tahniah dan syabas diucapkan kepada Harresh A/L Kumar, Bacelor Sains Bioindustri Semester 2 UPMS telah berjaya merangkul galaran juara dalam acara 10,000 meter lelaki dengan mencatat rekod masa terbaru 35:10.14 mengatasi rekod lamanya 35:37.55 di VTF 1. Manakalah bagi acara 5000 meter lelaki, beliau juga telah berjaya memperbaharui rekod pencapaiannya iaitu 17:10.05 walaupun hanya dapat menduduki tempat ke-7.
Kejohanan ini telah berlangsung bermula 15 – 17 Ogos 2025 di Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah. Pencapaian yang diperolehi memberi pendedahan baharu bagi beliau untuk terus berkecimpung dalam arena ini serta melayakkan beliau tersenarai dalam barisan atlet UPM ke Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2025 yang bakal berlangsung pada 1 – 7 September 2025.
Tahniah dan syabas diucapkan daripada warga kampus UPMS.
Date of Input: 12/09/2025 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia