BINTULU, 20 JUN – Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) telah menganjurkan program derma darah dengan kolaborasi Pusat Darah Negara Malaysia dan Unit Transfusi Darah Hospital Bintulu.
Program ini beraspirasi untuk membudayakan amalan derma darah dalam kalangan masyarakat dan mahasiswa sebagai tanda keprihatinan, semangat kesukarelawanan, serta komitmen dalam membantu menyelamatkan nyawa.
Seiring dengan usaha memupuk semangat.
kesukarelawanan dan keprihatinan sosial dalam kalangan warga UPMS, program ini juga dapat membantu mengurangkan isu kekurangan darah di Tabung Darah Hospital Bintulu, sekali gus membantu mereka yang memerlukan bekalan darah pada saat kecemasan.
Dalam sesi tersebut, ramai warga UPMS dan masyarakat setempat hadir memberikan sokongan serta menerima ujian darah secara percuma bagi merekodkan status kesihatan penderma secara keseluruhan. Sebanyak 32 pek darah berjaya dikumpulkan dan diserahkan kepada Hospital Bintulu dengan selamat.
Menderma darah bukan sahaja satu amalan kebajikan, malah merupakan tanggungjawab sosial yang mampu memberikan peluang kedua kepada seseorang untuk meneruskan kehidupan. Proses pendermaan darah adalah selamat, mudah, dan hanya mengambil masa yang singkat, namun impaknya amat besar kepada penerima.
Marilah bersama-sama menyokong kempen derma darah dan menjadi wira kepada mereka yang memerlukan. Jangan tunggu sehingga ada ahli keluarga atau rakan yang memerlukan darah untuk menyedari betapa pentingnya bekalan darah yang mencukupi.
Derma darah hari ini, selamatkan nyawa esok.
Setitis darah anda mampu menjadi sejuta sinar harapan buat mereka yang memerlukan.
Date of Input: 02/07/2026 | lanz

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia