PROGRAM ENGLISH EMPOWERMENT & STEM LITERACY KOMUNITI RH. JUNGAN 2026 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » PROGRAM ENGLISH EMPOWERMENT & STEM LITERACY KOMUNITI RH. JUNGAN 2026

PROGRAM ENGLISH EMPOWERMENT & STEM LITERACY KOMUNITI RH. JUNGAN 2026

Bintulu, 23 Mei 2026, Fasa 1 bagi projek PROGRAM ENGLISH EMPOWERMENT & STEM LITERACY KOMUNITI RH. JUNGAN 2026 bertemakan Explore, Excite, Excel telah berjaya dilaksanakan di bawah inisiatif Projek Komuniti Lestari Rh. Jungan 2026.

Program ini melibatkan seramai 30 orang peserta daripada Rh. Jungan, Rh. Michael Bilong dan Rh. Sam, Bintulu dengan pelbagai aktiviti pengukuhan Bahasa Inggeris serta STEM yang interaktif dan menyeronokkan, dikendalikan oleh fasilitator pelajar UPMS.

Turut dilaksanakan ialah penubuhan Putra Mini Library hasil kerjasama staf perpustakaan UPMS yang juga merupakan ahli projek bersama.

Menurut Ketua Projek, Tuan Haji Fakhzan Hj Buang, projek pendidikan ini bertujuan memupuk minat anak-anak rumah panjang dalam memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris dan STEM melalui pendekatan pembelajaran interaktif serta eksperimental, sekali gus mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang bermanfaat.

Program ini juga merupakan kesinambungan kepada projek yang pernah dilaksanakan pada tahun 2022 sebagai usaha berterusan memperkasakan pendidikan komuniti luar bandar.

Date of Input: 22/06/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (07:09:13pm-07:14:13pm, 12 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]