Program SISWAPRENEUR STARTUPBIZ@CEM anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) dengan kerjasama Pejabat Pengurusan Pelajar UPMKB dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPMKB telah berlangsung pada 7 dan 8 September. Program ini disertai oleh 46 peserta, termasuk 33 pelajar UPMKB dan 13 pelajar Kolej Vokasional Bintulu.
Tujuh penceramah jemputan berkongsi pelbagai topik keusahawanan seperti teknik pemasaran, penyediaan model perniagaan (Business Model Canvas), perancangan perniagaan, dan penyata kewangan.
Dr. Abdul Hadi Bin Samsi menekankan kepentingan mencipta produk yang unik dan strategi pemasaran; Dr. Sharon Ong Yong Yee memperkenalkan Business Model Canvas; Dr. Aryaty Binti Alwie berkongsi teknik pemasaran terkini; Dr. Shairil Izwan Taasim menjelaskan penyata kewangan; Encik Ludinata Misnun membincangkan ciri-ciri seorang usahawan; Encik Khairul Asyraf Yusof memberikan panduan merancang perniagaan, dan Puan Herisa Philip Lugo menerangkan prosedur pendaftaran lesen perniagaan.
Program ini berjaya memberi pendedahan dan meningkatkan minat peserta terhadap bidang keusahawanan.
Date of Input: 13/01/2025 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia