Pada 14 Ogos 2025, Program Keusahawanan Digital Yayasan Mara 2025 telah diadakan di Kolej Vokasional (KV) Bintulu yang disertai oleh hampir 200 orang pelajar KV Bintulu. Dr. Anita Rosli dan Dr. Aryaty Alwi telah dijemput untuk menjadi penceramah manakala Dr. Steward Giman anak Stephen dan En. Calvyn Leu anak Siming dijemput menjadi panel penilai untuk sesi pembentangan tugasan peserta.
Seramai 20 pelajar Kelab Agribiz UPMS telah dijemput sebagai fasilitator untuk membantu tugasan latihan dalam Kumpulan (LDK). Jemputan sebagai fasilitator bukan sahaja memberi pengalaman kepada pelajar malah ianya memberi peluang untuk berkongsi ilmu, malah mengasah bakat kepimpinan, kerjasama berpasukan dan semangat keusahawanan digital dalam kalangan pelajar.
Semoga program sebegini menjadi pemangkin lahirnya lebih ramai usahawan muda yang berdaya saing, kreatif dan inovatif. Melakar langkah Keusahawanan Digital bersama generasi muda!.
Date of Input: 12/09/2025 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia