BINTULU, 26 April 2026 – Program Pusaka Rimba bertemakan Echoes of the Forest melabuhkan tirai dengan jayanya setelah berjaya menghimpunkan seramai lebih 400 orang terdiri daripada komuniti Bintulu dan warga kampus dalam sebuah pengembaraan alam semula jadi yang mencabar. Acara kemuncak program ini merupakan aktiviti Jungle trekking yang berlangsung pada 25 April di Taman Perhutanan Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS).
Seramai 100 orang peserta berjaya menyahut cabaran meredah laluan ekstrem demi menikmati keindahan suasana rimba yang memukau. Aktiviti riadah juga di adakan seperti Kayak, Flying Fox dan Climbing Tree bagi pengunjung yang hadir sepanjang program berlangsung dikendalikan oleh Kelab Rimbawan UPMS.
Selain meredah hutan, penganjuran ini turut dimeriahkan dengan aktiviti Glamping Night pada bertempat di hadapan parkir Perpustakaan (UPMS). Uniknya, para peserta membawa dan menghias sendiri peralatan glamping masing-masing bagi menghidupkan suasana malam di dalam hutan.
Malam tersebut diserikan dengan pelbagai pengisian menarik antaranya Pertandingan Fesyen Kitar Semula 3R: Lestari Alam, Sesi Bercerita : Ceritera Rimba serta Kuiz interaktif Kahoot yang menguji pengetahuan para peserta mengenai Hutan dan alam sekitar.
Ruang Pameran juga disediakan di sepanjang Program Pusaka Rimba bagi menambahkan pengisian ilmu dan perkongsian maklumat melalui Tayangan klip video perhutanan. Di antara pihak yang terlibat adalah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Bahagian Bintulu, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Bahagian Bintulu, Pertubuhan Peladang Bahagian Bintulu dan Jabatan Sains Perhutanan FSPH UPMS.
Program ini bukan sahaja berjaya mendidik masyarakat menghargai khazanah hutan hujan Borneo yang tidak ternilai, tetapi juga mempromosikan gaya hidup sihat.
Date of Input: 15/05/2026 | lanz

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia