SEMINAR PENGURUSAN MPK KSR: PERKASA KEPIMPINAN, MENGANGKAT KECEMERLANGAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » SEMINAR PENGURUSAN MPK KSR: PERKASA KEPIMPINAN, MENGANGKAT KECEMERLANGAN

SEMINAR PENGURUSAN MPK KSR: PERKASA KEPIMPINAN, MENGANGKAT KECEMERLANGAN

Seminar Pengurusan Organisasi Majlis Perwakilan Kolej Sri Rajang (MPK) Sesi 2026/2027 telah berjaya dilaksanakan pada 16 hingga 17 Mei 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Kolej Sri Rajang.

Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada barisan MPK baharu berkaitan aspek pengurusan organisasi, komunikasi berkesan serta penyusunan strategi kepimpinan yang sistematik dalam memastikan kelancaran gerak kerja organisasi kolej.

Sepanjang dua hari penganjuran, para peserta telah mengikuti pelbagai pengisian yang memfokuskan kepada pengukuhan tadbir urus, pembangunan kepimpinan serta pemantapan semangat kerja berpasukan dalam kalangan ahli majlis.

Secara keseluruhannya, seminar ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan, sekali gus melahirkan barisan kepimpinan mahasiswa yang lebih bersedia, kompeten dan berdaya saing dalam membawa Kolej Sri Rajang ke arah kecemerlangan yang lebih tinggi.

Date of Input: 22/06/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (08:05:58pm-08:10:58pm, 12 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]