BINTULU, 4, Mac 2026 – Siapa sangka, sebuah beg plastik kecil mampu membawa sinar harapan yang paling besar? Tatkala semua sibuk untuk menyiapkan juadah berbuka puasa, di pekarangan Pusat Islam Universiti Putra Malaysia berubah menjadi nadi sumber sifat kemanusian. Dari mahasiswa dan staf hingga ke komuniti Bintulu semua hadir untuk memastikan stok darah di Hospital Bintulu sentiasa bersedia untuk mereka yang memerlukan.
Kejayaan program ini merupakan hasil gabungan tenaga daripada lima organisasi yang komited dalam mendukung aspirasi komuniti. Bermula dengan Kelab Penyayang UPMS sebagai penggerak utama mahasiswa yang memastikan kelancaran program serta menyantuni penderma dengan buah tangan, manakala Hospital Bintulu pula bergerak sebagai wira di sebalik tabir yang mengendalikan aspek perubatan dan memastikan setiap titisan darah di simpan dengan selamat.
Usaha ini turut di sokong oleh Pusat Kesihatan UPMS, penjaga kesejahteraan warga kampus yang sentiasa bersedia dengan sokongan teknikal kesihatan dan dukungan pihak Perpustakaan UPMS iaitu tulang belakang dalam penyebaran makluman dan promosi yang meluaskan capaian program ini kepada seluruh warga universiti.
Pemilihan Pusat Islam UPMS sebagai lokasi memberikan dimensi yang lebih mendalam. Ini membuktikan bahawa pusat ibadah adalah institusi yang dinamik. Tempat di mana aspek spiritual bertemu dengan tidakan praktikal. Suasana yang tenang membantu penderma, terutamanya penderma kali pertama, untuk merasa lebih selesan dan yakin.
Program ini membawa impak yang ketara memandangkan bekalan darah yang konsiten adalah sangat kritikal bagi menampung kes-kes kecemasan serta rawatan pesakit kronik di sekitar Bahagian Bintulu. Kehadiran para penderma daripada kalangan warga UPMS dan komuniti setempat yang sanggup meluangkan masa membuktikan bahawak semangat keprihatinan bukan sekadar wacana, sebaliknya dibuktikan melalui sumbangan nyata demi membantu sistem kesihatan setempat.
Syabas diucapkan kepada semua penganjur dan sukarelawan yang telah menjayakan program Sinar Kasih Prihatin ini. Semoga usaha murni ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak kolaborasi antara jabatan di masa hadapan dan terus menyemarakkan budaya membantu sesama insan dalam kalangan warga setempat. Terima kasih kepada para penderma atas pengorbanan anda, sesungguhnya setitis darah anda adalah sejuta harapan buat mereka.
Setitis darah kita, sejuta harapan untuk orang lain
Date of Input: 23/04/2026 | lanz

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia