Apa sebenarnya pilihan selepas SPM? Persoalan ini dibincangkan secara santai dan dekat dengan dunia pelajar dalam sesi perkongsian bersama Dr Anysia Hedy binti Ujat, pensyarah kanan di Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), bersama pelajar Tingkatan 4 dan 5 SMK Bandar Bintulu.
Melalui perkongsian pengalaman belajar, cabaran di universiti dan laluan kerjaya, Dr Anysia membuka minda pelajar tentang peluang dalam bidang sains, pertanian dan bioindustri. Pelajar juga didedahkan dengan peranan bidang pertanian dalam menjamin kelestarian makanan dan pembangunan negara pada masa hadapan.
Sesi yang berlangsung secara interaktif ini memberi ruang kepada pelajar untuk bertanya, berkongsi pandangan dan mula membayangkan hala tuju mereka sendiri. Diharapkan perkongsian ini menjadi pencetus semangat untuk pelajar terus berusaha, berani mencuba dan yakin dengan potensi diri.
Date of Input: 26/03/2026 | lanz

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia