TAHNIAH DR. AZRUL NURFAIZ ATAS KEJAYAAN CEMERLANG DI MAJLIS KONVOKESYEN UTM KE-68 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» PUTRABAKTI » TAHNIAH DR. AZRUL NURFAIZ ATAS KEJAYAAN CEMERLANG DI MAJLIS KONVOKESYEN UTM KE-68

TAHNIAH DR. AZRUL NURFAIZ ATAS KEJAYAAN CEMERLANG DI MAJLIS KONVOKESYEN UTM KE-68

Sempena Majlis Konvokesyen ke-68 Universiti Teknologi Malaysia (UTM), salah seorang penyelidik dari Institut EkoSains Borneo, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), telah mencipta sejarah membanggakan. Ts. ChM. Dr. Azrul Nurfaiz Bin Mohd Faizal berjaya menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Kimia di UTM dalam tempoh hanya 2 tahun setengah.

Kecemerlangan beliau diiktiraf melalui penganugerahan Alumni Award dan Best Postgraduate Student Award. Sepanjang tempoh pengajiannya, beliau merupakan penerima biasiswa Zamalah UTM dan berjaya menghasilkan satu Patent serta sepuluh Copyrights. Selain itu, beliau juga aktif menerbitkan artikel penyelidikan berimpak tinggi yang memberi sumbangan besar dalam bidang kejuruteraan kimia.

Pihak Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan beliau. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh komuniti dan warga UPMKB. Kami juga berharap agar Dr. Azrul terus mengekalkan prestasi cemerlang ini dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Date of Input: 17/01/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W.2025/7/4:3:28:31~noCache