24 Januari 2025, Townhall bersama Pengetua Kolej YM Dr. Tengku Sh. Marliza Tengku Azmi telah berlangsung dengan penuh informasi penting dan bermanfaat untuk semua warga KSR.
Antara agenda utama yang dibincangkan ialah pembentangan oleh pihak kontraktor pemasangan PutraFiber.
Dalam sesi ini, pihak kontraktor telah berkongsi maklumat tentang proses pemasangan Wi-Fi baharu di kolej, memberi penjelasan mengenai penyelesaian masalah sambungan, dan membuka ruang sesi soal jawab serta perkongsian langkah-langkah penyelesaian (troubleshooting) untuk pelajar.
Selain itu, pihak IDEC turut memperkenalkan microsite khas yang menyediakan borang aduan dan maklumat kontak pihak bertanggungjawab bagi membantu pelajar melaporkan sebarang isu sambungan internet. Microsite ini diharapkan dapat menjadi platform yang efektif untuk menyelesaikan masalah secara lebih pantas dan sistematik.
Turut dikongsikan ialah pembentangan mengenai True North UPM dan hubungannya dengan KSR, yang mengetengahkan hala tuju kolej serta teras program yang akan dilaksanakan. Penambahbaikan kemudahan di KSR juga telah dibincangkan, termasuk kerja baik pulih fasiliti di blok kediaman KSR.
Sesi akhir diteruskan dengan sesi soal jawab bersama pengetua, memberikan ruang kepada para pelajar untuk menyuarakan pandangan dan persoalan mereka. Diharapkan hasil perbincangan ini dapat memberikan impak positif kepada semua penghuni kolej.
Date of Input: 04/02/2025 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia