KATA ALUAN DEKAN
Salam sejahtera.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas peluang menyambut kehadiran anda di laman rasmi Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS) , Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS). Fakulti ini ditubuhkan melalui proses penstrukturan semula UPM Sarawak sejak tahun 2018 dan mula beroperasi secara rasmi pada 1 Julai 2020, membentuk dua jabatan utama: Jabatan Sains Sosial & Pengurusan serta Jabatan Sains dan Teknologi. Sebagai sebuah fakulti dalam universiti penyelidikan yang terletak di Borneo, FKPS komited menyumbang kepakaran melalui penyelidikan dan khidmat nasihat dasar, selaras dengan aspirasi untuk menjadi peneraju dalam pendidikan berteraskan sains sosial dan teknologi.
FKPS menawarkan pelbagai program akademik yang dirangka untuk memenuhi keperluan semasa dan masa depan, termasuk
Kesemua program ini bertujuan melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing.
Seiring dengan komitmen terhadap pembangunan pelajar secara holistik, FKPS mengukuhkan kecemerlangan akademik melalui peningkatan kemahiran insaniah, kepimpinan serta penglibatan aktif dalam kokurikulum yang disokong oleh Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar. Tambahan pula, fakulti telah merangka modul khas yang selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), termasuk pendidikan berkualiti (SDG 4), kesihatan ddan kesejahteraan (SDG 3), dan tenaga bersih dan boleh diperbaharui (SDG 7). Sebagai contoh, Program Sarjana Tenaga Boleh Diperbaharui (MRE)—program sarjana pertama seumpamanya di Sarawak—akan diperkenalkan pada penghujung 2025. Program ini menyasarkan pembangunan kurikulum moden seperti teknologi dron, kejuruteraan hijau dan tenaga angin, sejajar dengan Pelan Pembangunan Pasca Covid-19 2030 dan sasaran pembangunan lestari negeri.
FKPS turut meneguhkan dimensi global melalui inisiatif pengantarabangsaan seperti Summer School, kursus pendek antarabangsa, pertukaran pelajar dan pensyarah, serta pembangunan kurikulum bersama institusi luar negara. Kami juga aktif menganjurkan ceramah dan lawatan akademik antarabangsa, menghantar pakar FKPS untuk menyampaikan wacana peringkat global, sekali gus memperkukuhkan reputasi fakulti sebagai pusat rujukan penyelidikan berkualiti.
Sebagai sebuah fakulti dalam universiti penyelidikan, FKPS beraspirasi menyediakan persekitaran pembelajaran yang responsif kepada kehendak industri, masyarakat, dan perubahan alam sekitar. Kami kekal fokus kepada penyelidikan berimpak tinggi yang memberi sumbangan nyata kepada dasar negeri dan pembangunan lestari. Pelajar dan staf digalakkan untuk turut serta dalam program komuniti berkaitan SDG dan mobiliti antarabangsa. Di samping itu, kerjasama strategik dengan agensi serta pakar global terus diperkukuh untuk memperluas peluang profesional dan jaringan global.
Dengan harapan FKPS akan terus membentuk graduan berdedikasi, penyelidik berdikari dan pemimpin global, saya mengalu-alukan kehadiran anda ke dalam komuniti kami. Semoga laman ini memberikan gambaran komprehensif mengenai program akademik, penyelidikan, dan aktiviti fakulti.
Sekian, terima kasih.
PROF. MADYA TS. DR. WONG TZE JIN
Dekan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains
Universiti Putra Malaysia Sarawak
Jalan Nyabau
97008 Bintulu Sarawak
Tel: +6086855215
Faks: +6086855270
Emel: dean.fkps@upm.edu.my
Kemaskini:: 01/07/2025 [lanz]
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia